BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum menyimpan patung superhero marvel atau figura starwars?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sepakat ulama’ keempat-empat mazhab ke atas hukum membuat patung adalah haram dan ia dibahaskan dalam kitab-kitab ulama’ dalam bab gambar yang ada padanya roh (صورة ذي روح). Maka hukum menyimpannya juga adalah haram. Rasulullah SAW bersabda : لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب أو صورة Maksudnya : Malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada padanya anjing ataupun gambar. Gambar yang dimaksudkan itu adalah patung yang ada padanya roh. Jika patung-patung yang dikumpul itu boleh memberi manfaat dan mendatangkan kebaikan kepada manusia, hukumnya harus. Sebaiknya elakkan dari mempamerkan suatu barangan berupa robot atau sebagainya yang tidak memberi manfaat dan boleh membawa kepada syubhat seperti patung-patung perhiasan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 123

message user image