Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wrt. wbt. Saya berharap pihak Tuan dapat memberikan jawapan kepada persoalan saya. Terima Kasih. 'Bank bermatlamat untuk memanfaatkan dana simpanan pencarum untuk dilaburkan/diniagakan. Disamping untuk tujuan keuntungan, bank telah mencairkan dana-dana yang disimpan untuk tujuan galakan aktiviti perekonomian.' 'Bank menggunakan wang yang bertujuan disimpan/simpanan untuk dimanfaatkan atau galakan atau kecairan bagi aktiviti keberangsangan ekonomi atau memenuhi permintaan mereka yang memerlukan dana/instrumen pembiyaan (debtor).' Apakah pandangan islam terhadap matlamat bank seperti yang dinyatakan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, Penentuan hukum bagi sebarang urusniaga atau transaksi di bank atau institussi kewangan adalah berdasarkan kepada akad atau kontrak yang ditandatangani atas urusniaga yang dijalankan. Oleh itu, selagimana kontrak atau akad yang ditandatangan itu adalah akad yang patuh syarak maka ianya adalah sah dan urusniaga tersebut adalah harus. Antara akad yang mengharuskan pihak bank memanfaatkan wang simpanan pelanggan adalah akad mudharabah. Iaitu akad / kontrak yang membenarkan pihak bank untuk meniagakan wang yang disimpan dengan pembahagian keuntungan yang dipersetujui di dalam kontrak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.