BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Situasi......1. selepas azan, kita ada waktu (lebih kurang 4 - 5 minit) untuk sembahyang sunat. Mana lebih utama sama ada sembahyang rawatib atau sembahyang tahiyatul masjid? Kalau sempat saya akan melakukan kedua-dua sembahyang tersebut. 2. saya sampai ke masjid ketika solat sedang berlangsung. adakah saya terus mengikut iman solat fardu atau mengerjakan solat tahiyatul masjid terlebih dahulu. 3. saya sampai ke masjid ketika azan sedang berkumandang. Saya duduk sambil menunggu selesai azan oleh bilal. Habis azan saya bangun untuk mengerjakan solat tahiyatul masjid dan sunat rawatib. Adakah betul perbuatan saya itu? 4.sampai masjid saya mengerjakan sembahyang tahiyatul masjid seterusnya mengerjakan solat fardu maghrib dan diakhiri dengan sunat rawatib. Selepas solat saya keluar masjid untuk makan malam. Selepas makan saya ke masjid yang sama untuk mengerjakan solat isyak. Boleh tak saya mengerjakan solat tahiyatul masjid lagi? Kalau saya ke masjid lain untuk mengerjakan solat isyak, bolehkah saya mengerjakan solat  tahiyatul masjid? 5. saya masjid masjid untuk solat Jumaat ketika iman mula membaca khutbah. apakah solat sunat yang afdha dilakukan? ataupun tak perlu solat sunat untuk menghormati khutbah imam? maaf atas persoalan yang dikemukakan. moga mendapat panduan untuk kesempurnaan ibadah.


message user image

Jawapan  

Merujuk persoalan tuan; 1) jika terdapat keluasan waktu antara tempoh masa selepas azan dan iqamah adalah afdhal untuk solat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat rawatib kedua-duanya. Walau bagaimanapun, jika tempoh masa yang sempit, maka lakukanlah solat sunat rawatib. Solat sunat tahiyyatul masjid terhasil dengan sendirinya apabila seseorang itu melakukan solat sunat rawatib tersebut ketika mana dia masuk sahaja ke masjid sebelum duduk. 2) Apabila seseorang masuk dan mendapati solat fardhu berjamaah telah didirikan, maka hendaklah dia terus masuk solat fardhu mengikuti imam. 3) Apabila masuk ke masjid dan azan sedang dikumandangkan, hendaklah seseorang itu berdiri sehingga azan tamat dikumandangkan, lalu solat sunat. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW: إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلاَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّىَ رَكْعَتَيْنِ Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk sehingga dia bersolat sebanyak dua rakaat.” (Riwayat al-Bukhari) 4) Digalakkan untuk solat sunat tahiyyatul masjid semula jika seseorang itu telah keluar daripada masjid dan kembali semula ke masjid yang sama atau di masjid yang lain. 5) Menurut mazhab Syafie bagi orang yang baru memasuki masjid dan beliau mendapati pada ketika itu imam sedang berkhutbah, sunat baginya melakukan solat sunat dua rakaat yang ringkas sebelum beliau duduk untuk mendengar khutbah. Rasulullah SAW bersabda: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ ، فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ ، وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا Maksudnya: “Apabila datang seorang kamu ke masjid pada hari jumaat dan imam sedang membaca khutbah maka hendaklah dia solat sunat dua rakaat dan ringkaskanlah pada dua rakaat itu.” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 428

message user image