BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum w.b.t, Sedikit pengenalan tentang diri saya, saya dan suami telah berkahwin selama 5 tahun dan Alhamdulillah telah dikurniakan sepasang cahaya mata,berumur 4 dan 1 tahun. Suami adalah seorang Muallaf ( sebelum ini Kristian Sabahan - Murut ) . Suami telah memeluk agama Islam pada 03/08/2012 di Selangor dan telah menukar nama baru di JPN pada 19/07/2013 ( tanpa pengetahuan keluarganya di Sabah ). Pada Ogos 2019 saya dikejutkan dengan satu berita dimana suami memaklumkan pernah berkahwin dengan seorang wanita kristian ( Sarawak - Iban ) pada 28.12.2014 atas saranan keluarga suami. Untuk makluman, suami memaklumkan perkahwinan itu tidak didaftarkan di JPN atau mana-mana pejabat pendaftar kerana soal isu agama yang berlainan. lagi mengejutkan,wanita tersebut telah bersalin seorang anak lelaki pada 21/02/2020. Soalan saya :1. Apakah status perkahwinan mereka tersebut ? 2. Sekiranya mereka mempunyai anak hasil hubungan perkahwinan tersebut,adakah itu dikira anak luar nikah atau anak tidak sah taraf ?3. Adakah selama ni mereka telah berzina dan bersekedudukan sehingga mempunyai anak luar nikah ?4. Adakah suami perlu bertanggungjawab terhadap anak itu ?


message user image

Jawapan  

Merujuk persoalan puan, orang Islam dilarang mengahwini orang kafir musyrik sehinggalah dia memeluk Islam terlebih dahulu. Maksud firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 221; “dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu”.... Justeru itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan; 1. Perkahwinan tersebut tidak sah kerana tidak memenuhi syarat sah perkahwinan dalam islam. 2. Anak hasil dari perkahwinan tersebut adalah anak tidak sah taraf, kerana ia bukan dari perkahwinan yang sah. 3. Jika suami melakukannya setelah memeluk islam, maka hukumnya adalah berzina. 4. Bapa biologi (suami) wajib bertanggungjawab dari segi kemanusiaan, bukan atas dasar zuriat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 171

message user image