BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan..sya ingin bertnya 1 soalan..baru2 ini sya de bertengkar dgn suami sya..disebabkan slh fhm,sya telah mnghalau dia kuar dr umah sya..selepas itu,suami sya telah berkata begini 'keluar je selangkah dr umah ni gugurlah talak'..adalah jatuh talak itu? Harap boleh jelaskan pasal talak itu jatuh@x?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, lafaz suami puan itu termasuk dalam lafaz ta’lik. Lafaz taʻliq ialah suami mengantungkan talak kepada isterinya dengan sifat atau syarat yang dikaitkan dengan isteri atau orang lain atau berlaku pada masa hadapan. Sekiranya lafaz ta’lik tersebut dilanggar maka ianya boleh menyebabkan talak jatuh. Dan majoriti fuqaha’ mazhab berpendapat bahawa lafaz ta'lik tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik apabila telah diucapkan, Hal ini kerana lafaz cerai bersyarat seolah-olah suami telah melaksanakan lafaz talak. Oleh yang demikian, kami mengesyorkan agar puan merujuk dalam kadar segera ke mahkamah syariah berhampiran puan, kerana isu berkaitan talak cerai adalah merupakan bidang kuasa mahkamah syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 63

message user image