BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh ke perempuan mandi wajib dari haid selepas terbit matahari, contoh: petang atau malam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, apabila sesesorang itu telah berhenti darah haidnya wajib baginya untuk mandi wajib bagi menunaikan ibadah solat yang difardhukan. Mandi wajib boleh dilakukan pada bila-bila masa setelah yakin haidnya telah benar-benar kering. Tetapi tidak boleh melewatkan sehingga luput kefardhuan solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image