BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang haid dan istihadah. Bulan 9 saya baru menjalani pembedahan membuang fibroid. Saya diberikan beberapa ubat hormon selepas pembedahan. Mengikut cycle, saya sepatutnya keluar haid pada 23/11, tetapi 28/11 baru keluar discharge warna coklat. Selalu saya anggap discharge ni sebagai haid. Pada hari pertama haid (28/11) sampai hari ke 12, takde darah keluar, hanya ada discharge coklat tu dan sangat sedikit.1-2 dot sahaja sehari. Tapi pada hari ke 13-19, keluar darah. Saya sudah mandi wajib dan solat selepas 15 hari, tp was was sebab darah ni banyak keluar, semasa solat pun keluar dan sifatnya menyerupai darah haid seperti warna gelap dan berbau. Saya mohon bantuan, adakah ini dikira darah haid atau istihadah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, pertamanya puan sendiri kena yakin dan kenali darah sendiri sama ada ia haid atau istihadhah yang mana ia boleh dikenalpasti berdasarkan ciri-ciri darah tersebut disamping keluarnya pada kebiasaan haid atau tidak. Darah yang keluar pada hari ke 13-19 adalah darah haid. Tambahan pula, puan sendiri tahu dan kenal ciri-ciri darah haid melalui warnanya yang merah gelap dan berbau. Justeru ia bukanlah darah istihadah dan tidak boleh solat kerana ia adalah darah haid. Kitaran haid puan mungkin berubah disebabkan pembedahan yang dilakukan kepada kitaran haid yang baharu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 57

message user image