BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Asssalamualaikum... Mohon tolong jawab soalan ini kerana saya amat keliru..1. Apakah hukum mendownload lagu online tetapi bukan bertujuan untuk menjual hanya tujuan untuk didengarkan oleh diri sendiri sahaja. 2. Apakah hukum menonton drama korea selagi tidak terpengaruh, tidak lalai dan hanya menonton secara hiburan tanpa ketagih? Kerana drama ini bukan drama orang islam. Boleh jika saya terus menonton selagi tidak terpesong atau meninggalkan perintah tuhan??? 3. Apakah hukum menonton sesuatu cerita atau drama daripada website yang illegal non-muslim?? Tidak berbayar dan percuma?? Website nya orang bukan islam jadi apa hukumnya????


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Hukum untuk mendownload lagu online adalah dibolehkan sekiranya tiada apa-apa pemakluman atau kenyataan larangan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak maka hukumnya adalah dibolehkan. 2. Menonton drama korea selagi mana tidak membawa kemudaratan atau terpengaruh dengan perkara-perkara negatif adalah tidak dilarang. Sekiranya dengan menonton drama tersebut boleh membawa kepada kelalaian hendaklah ditinggalkan kegemaran menontonnya dan dinasihatkan carilah aktiviti lain yang lebih bermanfaat untuk diri. 3. Menonton sesuatu cerita atau drama non – muslim dibolehkan hanya sekadar untuk hiburan semata-mata. Adalah lebih baik sekiranya saudari mencari alternatif lain sebagai tontonan. Dicadangkan saudari tontonlah sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada diri seperti program-program berbentuk ilmiah yang boleh menambah ilmu pengetahuan. Ia adalah lebih baik bagi saudari. Firman Allah di dalam Surah ar-Ra’du ayat 28; أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ Maksudnya: “ Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 630

message user image