Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum pihak mufti, saya ingin bertanya apakah hukum cecair yang keluar ketika solat atau sebelum solat. Saya ada terbaca yang keputihan itu najis jika datangnya dari dalam faraj. Namun saya mempunyai masalah untuk membezakan sama ada keputihan yang bersifat lebih kepada air itu datangnya dari mana. Saya keliru adakah ini keputihan atau peluh. Sy cek cecair ini setelah selesai dari solat. Contoh : sebelum solat maghrib saya ada keluar keputihan yang banyak tetapi tidak melampau dan saya basuh sehingga hilang kesan itu. Saya juga telah berdehem untuk memastikan bahawa sudah tidak ada lagi keputihan yang keluar dan setelah berdehem saya mendapati tiada lagi keputihan yang keluar. Maka pada waktu itu saya yakin yg ianya sudah tidak keluar (tidak cek adakah ianya kluar atau tidak) dan sy teruskan solat seperti biasa dan saya juga telah solat isyak serta solat qada. Sbb kebiasaan saya solat, sy tiada keluar cecair seperti ini. Perkara ini jarang berlaku kerana ianya berlaku sekali sekala. Setelah selesai solat, sy tengok di atas tisu pelapik tersebut terdapat cairan yang sifatnya seperti air. Saya anggap ini adalah satu cecair yang hukumnya sama seperti peluh. Jadi sy tidak mengambil peduli dan saya juga tidak mengambil keputusan untuk solat semula atau tidak fadhu isyak itu. Tp tiba2 sy berasa was was adakah cecair yang keluar ini adalah keputihan atau hanya peluh. Saya juga tidak solat semula kerana menunggu soalan saya dibalas. Sy was was adkah solat sy batal atau tidak. Persoalannya: 1) apakah status solat sy pada waktu itu? Adakah ia batal atau tidak 2) apakah hukum cecair yang sifatnya seperti air yg tidak pasti keluar dari dalam atau luar faraj? 3) bagaimana untuk membezakan keputihan yang keluar itu adalah dari faraj atau luar faraj? 4) adakah saya perlu solat semula setiap kali saya was was tentang soal cairan yang meragukan keluar ketika solat, sebelum solat atau selepas solat? Atau saya hanya perlu biarkan sahaja? Tolong saya, sy keliru dan takut sangat jika Allah tidak menerima solat saya. Tolong beri penerangan yang lanjut ye untuk kefahaman yg lebih mendalam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan ; 1. Puan telah pun menyucikan diri sebelum solat dengan sebaiknya dan yakin telah suci pada ketika itu tanpa sebarang keputihan. Setelah selesai solat baru disedari terdapat cairan seperti air. Kemungkinan juga ia adalah cairan daripada lembapan faraj iaitu air yang keluar daripada tempat diwajibkan basuh ketika istinjak yang disebut sebagai ‘Ruthubah al-Farj”. Ia adalah cairan biasa secara fisilogi melalui rongga vagina akibat daripada pergerakan atau iklim tertentu. Apabila ini yang berlaku ia adalah suci dan tidak membatalkan wuduk serta sah solat. 2. Perkara ini bergantung kepada keyakinan puan sendiri. Sekiaranya puan meyakini bahawa cecair tersebut keluar daripada lembapan faraj maka ia adalah suci dan tidak membatalkan wuduk. Adapun apabila lebih diyakini ia keluar dari dalam faraj maka ia najis dan terbatallah wuduk. Hukumnya adalah bergantung kepada sangkaan wanita yang mengalami keputihan tersebut. 3. Dalam memastikan cecair yang keluar tersebut sama ada keluar dari dalam atau luar faraj hanya diri wanita tersebut sahaja yang dapat memastikannya. Sekiranya masih bermasalah dalam perkara tersebut dan mempunyai kesukaran untuk membezakannya, puan boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.