Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz. Maaf saya nak tanya memandangkang sy tiada ilmu dalam hal ni. Saya akan berkahwin. Sy banyak baca tips malam pertama dan sebagainya berkaitan hubungan intim suami isteri. Ada yang mengatakan foreplay dgn tangan di kemaluan isteri sehingga lembab basah barulah masukkan zakar. Soalan sy, sekiranya saya masukkan jari atau zakar ke faraj perempuan tentulah faraj tu basah kan. Dan apa hukum cecair di jari atau zakar yg saya masukkan tu. Adakah najis jari atau zakar kesan dari basah lepas masukkan ke faraj perempuan tu?. Jika najis bagaimana nak elakkan dari terkena katil, katil tempat berehat dan kdg2 brg kemudian solat.
Jawapan
Terima kasih kepada tuan atas pertanyaan. Berdasarkan soalan, Cecair (air mazi) yang keluar dari faraj perempuan disebabkan syahwat adalah najis samada menggunakan jari atau zakar suami dan ianya perlu dibasuh setelah urusan bersama selesai. Adapun air mazi yang terkena pada cadar atau katil perlulah dibasuh seperti mana hadis nabi SAW: عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ، قَالَ كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَعَنَاءً فَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الْغُسْلَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَسَأَلْتُهُ عَنْهُ فَقَالَ " إِنَّمَا يُجْزِئُكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ " . فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ قَالَ " يَكْفِيكَ أَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهِ ثَوْبَكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَ مِنْهُ Maksudnya: Diriwayatkan daripada Sahl bin Hanif, ia berkata, "saya merasa letih dan payah kerana sering mandi disebabkan keluarnya Mazi, lalu saya adukan hal itu kepada Rasulullah SAW, kemudian Baginda bersabda, “cukuplah engkau dengan berwudhu”. Saya bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Mazi yang terkena pada pakaian saya? Beliau menjawab, “cukuplah engkau mengambil air setapak tangan, lalu engkau siramkan pada pakaian yang terkena itu. (Riwayat al- Tirmizi) Sebaiknya dilapik kain sebelum bersama dengan isteri bagi mengelakkan dari terkena katil atau cadar. Wallahuallam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.