Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum..Saya ada bernazar masa saya sakit utk memberi makan 100org anak yatim.. Situasi skrg asrama yg saya ingin Sedekah kan terdiri dari anak yatim Dan fakir miskin.. Adakah saya perlu cari 100org anak yatim juga atau bagai mana?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, wajib mencari 100 anak yatim walaupun berlainan rumah anak yatim untuk disedekahkan makanan kerana nazar tidak boleh diganti dengan perkara lain dan wajib dilakukan apa yang telah diniatkan. Rasulullah SAW bersabda:مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu.”(Riwayat al-Bukhari) Sekian, terima kasih.