BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukumnya apabila seorang ibu tidak mengizinkan anak-anaknya untuk mengundi parti lain selain parti pilihannya di dalam PRU14 ini? Apakah yang perlu dilakukan oleh anak-anak tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, saudara boleh mengundi mana-mana calon pilihan saudara. Ini kerana hak untuk mengundi bagi warganegara yang telah layak adalah dilindungi dan tiada pihak-pihak yang boleh menghalang untuknya keluar mengundi sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang Malaysia Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 3 (1) (n) atau Seksyen 4A. (1) jika disabitkan kesalahannya mereka boleh dipenjara atau denda atau kedua-duanya sekali. (http://www.spr.gov.my/sites/default/files/perundangan/akta-5-cetakan-semula-2016.pdf) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 76

message user image