BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.. Apakah hukum bersentuhan/melihatkan aurat di antara sepupu lelaki ayah dengan saya? Adakah saya dikira mahram dan boleh bersalaman dengan sepupu lelaki ayah saya? Contohnya, saya dengan Pak Teh saya iaitu anak lelaki kepada Tok Busu (adik Atok saya).


message user image

Jawapan  

Terima kasih kepada puan atas pertanyaan, berdasarkan pertanyaan puan, hukum bersentuhan atau melihat aurat sepupu lelaki ayah adalah haram. Kesannya adalah tidak boleh bersalaman dengannya, boleh berkahwin dengannya, tidak boleh berkhalwat (berdua-duaan) dengannya. Dan beliau bukan mahram kepada puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 76

message user image