BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum.. Saya ingin pencerahan mengenai haid. Jika saya datang haid pada 3hb hingga 9hb kemudian saya datang semula pada 16hb sehingga sekarang. Adakah darah yang datang pada 16hb tu dikira isthiadah atau haid?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, darah yang keluar kali kedua pada 16hb masih dikira sebagai darah haid kerana ia masih lagi dalam tempoh 15 hari iaitu tempoh maksima bagi keluarnya darah haid. Adapun sekiranya darah masih keluar pada 18hb ia dikira sebagai darah istihadah kerana tempoh tersebut telah melebihi 15 hari iaitu tempoh maksima keluarnya darah haid. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 72

message user image