BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Sy ada 3 soalan. Pertama. Saya dlu sgt jahil dan jahat (judi/zina) semua sy buat. Skrg sy dah tinggalkan semua tu. Sy cuba lawan. Terutama zina. Tapi sy kdg2 asyik mimpikan pasal zina. Sy tak tahu nk buat mcm mana. Jadi sy onani sebab nk hilangkan perasaan tu. Mcm mana nk hilangkan perangai tak elok ni ye.? Kedua. Mcm yg sy bgthu di atas dlu sy mmg jahat dan sgt2 berdosa. Skrg sy cuba berubah. Sy cuba solat 5 wktu dan solat sunat. Sy berubah sebab sy kenal sorg perempuan ni. Sy buat istikarah bnyk kali. Sy dpt petanda 2 kali yg buatkan sy rasa dia jodoh sy. Cuma bila skrg ni sy rasa makin jauh dgn dia. Dan dia pun tak mcm dlu. Dia mcm tarik tali dgn sy. Mcm ye? Apa sy nk buat? Ketiga. Alhamdulillah sy rasa iman sy makin ada. Sebab boleh tolak judi dgn zina. Cuma semakin bnyk sy solat sunat atau buat amal jariah. Kenapa makin bnyk kesusahan yg dtg ye? Sy tak tulis yg dtg ni bala. Ya sy tahu ni ujian. Sy tak kuat. Sy selalu doa agar semua kesulitan sy dipermudahkan terutama jodoh dan duit. Tapi sy rasa makin jauh dua bnde ni. Sy nazar dalam hati mmg nk halalkan perempuan yg sy suka tu. Dan sy nazar dalam hati nk buat lebih bnyk amal jariah kalau bnyk duit. Tapi dua2 makin jauh dari apa yg sy doa dan harapkan. Boleh bntu sy? Sy rasa tak kuat sgt. Tak tahu nk luah mcm mana. Sy tahu Allah s.w.t dgr dan tahu perasaan sy. Sy tak nk putus harapan. Tapi sy takut. Takut ujian yg sy dpt ni buatkan sy hilang iman dan terpesong atau mungkin buatkan sy jadi lebih teruk dari dlu. Bantu sy ye.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara,1-Tidak ada manusia yang tidak buat silap atau kesalahan. Tahniah kerana telah sedar dan tinggalkan semua perbuatan yang dilarang oleh agama, istiqamahlah dengan pendirian tersebut, serta bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, Allah maha penerima taubat, Allah akan mengampunkan dosa-dosa yang telah lalu dengan bertaubat untuk menghilangkan perangai lama yang tidak baik, tidak boleh dengan cara yang dilarang juga seperti onani. Onani boleh menjerumuskan sikap atau tabiat yang buruk, seperti juga berzina, ia juga boleh menimbulkan mudharat kepada kesihatan dan masa depan dalam hal rumah tangga. Sebaiknya untuk menghilangkannya, kembalilah kepada Allah “secara paksa” Insya’Allah lama kelamaan akan timbul keikhlasan dan dapat merasa “nikmat” berdampingan dengan Allah hingga dapat menghilangkan tabiat tersebut. Insya’Allah yakinlah dengan syariat Allah S.W.T.2- Syabas! Di atas usaha meninggalkan yang mungkar dan mengamalkan yang makruf. Sesungguhnya jodoh adalah ketentuan Allah. Justeru jangan jadikan ketaatan kita kepada Allah sebagai “syarat” bagi menentukan jodoh yang kita ingini. Berbaik sangkalah dengan Allah yang lebih mengetahui tentang jodoh yang terbaik untuk kita kerana ukuran jodoh terbaik disisi Allah bukan sahaja ketika membuat penentuan sebelum berkahwin dalam kehidupan berkeluarga yang penuh rahmat dan mawaddah. Berjumpalah dengan wali perempuan tersebut dan nyatakan hasrat baik untuk menikahinya.3- Seperti diterangkan di atas, kita perlu berbaik sangka dengan Allah, ikhlas dalam beramal, syukur dengan nikmat dan sabar dengan ketentuan. Tingkatkan keimanan kita dengan Allah S.W.T, dengan amal soleh dan sentiasa mengingatiNya ketika susah dan senang, imanlah yang akan mempertahankan kedudukan kita bagi melawan hawa nafsu amarah (yang cenderung kepada keburukan) dan hasutan syaitan yang selalu menghendaki kita tunduk kepadanya. Hindarkanlah diri daripada sifat putus asa kerana rahmat Allah sangat luas, serta mengatasi kemurkaanNya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 59

message user image