Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam...saya nak bertanya...adakah sahih hadis yang tengah panas sekarang di platform media sosial yang berbunyi. Apa yang lebih najis daripada air liur anjing ya rasulullah maka rasullulah menjawab "Wanita yang berkata kasar"...Harap pihak tuan/puan dapat menjawab soalan saya dengan baik....terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Merujuk kepada soalan, Hadis yang berkaitan dengan “Yang Lebih Najis Daripada Air Liur Anjing” tersebut adalah palsu kerana hadis ini tiada sumber matan dan sanadnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.