Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum..sy bercerai dgn suami talak 1 di makamah syariah pada 12.10.2020.. pada 31.10.2020 sy di sahkan hamil 4 minggu oleh doktor..beberapa hari sebelum bercerai sy dan suami ada melakukan hubungan suami isteri..dan pada tarikh 16.12.2020 sy keguguran..soalan sy.. bilakah tarikh iddah sy berakhir? adakah iddah sy berakhir selepas sy suci dr nifas? atau adakah iddah sy berakhir selepas sy 3 kali suci dr haid selepas habis nifas? mohon penjelasan..terima kasih..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, ia adalah berkaitan iddah seorang wanita apabila mengalami keguguran kandungan adakah kegurguran dikira tamat iddah seperti wanita hamil yang melahirkan anak atau perlu melengkapkan tiga kali suci seperti wanita tidak hamil. Jika merujuk kepada sebuah kitab bertajuk al-Mu’tamad Fi al-Fiqh al-Syafi’e, karangan Profesor Muhammad az-Zuhaili; ...كما تنتهي العدة بوضع جنين ميت , ولا يكفي وضع العلقة , ويكفي المضغة التي فيها صورة آدمي يخبر بها القوابل , أو الطبيب المتخصص Maksudnya: “Seperti berakhirnya iddah dengan melahirkan janin yang mati dan tidak memadai (tidak berakhir iddah) dengan keguguran gumpalan darah dan memadai dengan keguguran embrio yang telah jelas sifat manusia dengan pengesahan dari orang yang dipercayai atau doktor pakar”. Selepas meneliti kronologi tarikh yang puan berikan, umur bayi puan ketika tarikh gugur (16.12.2020) adalah 74 hari (10 minggu). Dalam usia tersebut, sifat manusia sudah mula kelihatan seperti tangan, kaki dan kepala. Oleh itu iddah puan berakhir dengan keguguran tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.