BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum saya ifa..saya nak tanya jika saya sudah mengetahui tentang keputihan itu najis dan menjadikan solat tidak sah tetapi selama ni saya solat dalam keadaan tanpa menukar pantyliner yang ada keputihan adakah saya perlu mengqodha solat yang saya lakukan dulu sewaktu saya belum mengetahui tentang keputihan itu najis


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Islam memaafkan umatnya dalam perkara agama bagi mereka yang tidak mengetahui termasuk tersalah faham dalam memahami apa yang disyariatkan dalam agama. Hadis Rasulullah SAW yang yang bermaksud ; “Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku sesuatu yang dilakukan kerana tersalah, terlupa dan sesuatu yang dipaksakan kepadanya.” (Riwayat Ibnu Majah) Perbuatan saudari tidak menukar pantyliner yang terdapat keputihan disebabkan tidak mengetahui bahawa hukumnya najis, ia adalah tidak berdosa. Bagaimanapun solat tersebut tidak sah dan saudari perlu mengqada’ semula solat tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 152

message user image