BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Katakanlah saya sedang berbual dengan isteri & isteri minta saya ceraikan dia seandainya saya ada hubungan dengan wanita lain, tetapi sebaliknya saya lafazkan “Kalau saya ada hubungan dengan orang lain, saya ceraikan awak”, adakah jatuh talak walaupun tiada spesifikasi hubungan yang saya sebutkan? Sebagai contoh, hubungan teman sekerja ataupun hubungan kekeluargaan?


message user image

Jawapan  

Merujuk persoalan saudara, lafaz yang diucapkan adalah lafaz cerai taklik kinayah iaitu tergantung atas niat suami, siapa dan jenis hubungan apa yang dimaksudkan. Jika termasuk dalam apa yang diniatkan maka boleh jatuh talak sekiranya suami melakukan apa yang ditaklikkan. Sebaiknya perkara tersebut dirujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 132

message user image