Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ikan bandaraya ialah ikan yang berasal dari sungai Amazon dan dilihat semakin berkembang pesat dalam perairan negeri kita . Jadi apakah hukumnya kita membunuh ikan bandaraya ini yang banyak merosakkan ekosistem perairan dan seandainya boleh, bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita membunuhnya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, Hukum membunuh haiwan fawasiq (haiwan perosak/jahat) bergantung kepada tahap kerosakan dan mudharat yang ia timbulkan. Sekiranya ia mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada persekitaran seperti merosakkan ekosistem perairan, maka hukum membunuhnya adalah harus dengan syarat dibunuh dengan cara paling cepat serta tidak menyiksa.
Sekian, terima kasih.