BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum melukis gambar tengkorak pada baju/kasut atau pada peralatan/aksesori lain dengan tujuan untuk menjualnya kepada masyarakat di luar negara? Bagaimana pula dengan hasil pendapatan yang diperolehi dari hasil jualan produk tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, adalah dibolehkan kerana lukisan tersebut bukanlah lukisan yang sempurna bahkan ianya gambar yang mempunyai ciri yang tersendiri dan tidak ada padanya ciri-ciri gambar yang hakiki selagi mana tiada unsur syirik. Pendapatannya adalah halal dan boleh dimanfaatkan. Walau bagaimanapun, dikhuatiri lambang tersebut berhubung kait dengan sesuatu fahaman atau keagamaan tertentu, maka ia termasuk dalam perkara syubhat yang sebaiknya hendaklah dielakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 199

message user image