BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada terbaca di fb peguam hartanah Salkukhairi Abd Sukor yang kebanyakan sales & purchase agreement(SPA)rumah di malaysia tidak patuh syariah kerana terlibat dengan riba. 1. Apakah benar SPA yang banyak diguna pakai sekarang tidak patuh syariah mengikut pandangan mufti? 2. Saya dalam proses untuk membeli rumah yang sudah siap dari satu pemaju. Jika betul SPA sekarang tidak patuh syariah, saya akan cuba berbincang dengan pemaju untuk guna SPA yang disediakan peguam Salkukhairi. Apa pilihan yang saya ada sekiranya pihak pemaju tidak mahu guna pakai SPA yang patuh syariah? 3. Perlukah saya batalkan niat untuk membeli rumah tersebut & hilang deposit rumah tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Sales & Purchase (SPA) bagi penjualan rumah adalah bergantung jenis perbankan yang digunakan samada ianya konvensional atau Islamik. Jika tuan menggunakan konvensional adalah HARAM kerana jelas di dalamnya terkandung riba dan sebagainya. Adapun islamik adalah diharuskan kerana terjaga dari elemen-elemen yang tidak patuh syariah. 2. Pilihan sekiranya pemaju tidak mahu menggunakan perbankan Islamik adalah lebih baik tuan tidak meneruskan urusan jual beli ini. Namun, kebanyakan pemaju sedia maklum berkenaan keperluan pembelinya yang beragama Islam. Perbincangan lebih harmoni perlu diadakan bagi mencapai kata sepakat. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan…..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 166

message user image