BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Isteri saya telah memohon cerai dan mahkamah telah menerima permohonan tersebut. Kami mempunyai 4 orang anak yang tingal bersama bekas isteri dan suami baharunya. Saya juga telah berkahwin semula dan mempunyai 3 orang anak. Soalan saya ialah mengapa mahkamah masih meminta nafkah anak2 daripada saya sedangkan anak2 saya itu telah mempunyai bapa tiri yang sanggup menyara mereka. Sekian terima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kewajipan seorang bapa memberi nafkah kepada anak kandungnya tidak terputus apabila berlakunya perceraian, sekalipun ibunya telah berkahwin dengan lelaki lain. Bapa tiri tidaklah menjadi kewajipan kepadanya untuk menanggung nafkah anak tirinya lebih-lebih lagi bapa kandungnya masih hidup dan berkemampuan. Jika telah meninggal dunia atau tidak berkemampuan, nafkah itu jatuh kepada keluarga sebelah bapanya, sebagai wali kepada anak tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 69

message user image