BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya. Saya ada memeriksa seorang pesakit bukan islam yang membela anjing di rumahnya. Ketika saya memeriksa dia, saya perasan ada bulu di baju dia tetapi saya tidak menyentuhnya. Tetapi selepas memeriksa dia, saya meneliti tangan saya dan kelihatan sesuatu yang menyerupai bulu atau habuk di tangan saya ( saya tidak pasti apa itu dan dari mana datangnya. Mungkinkah itu bulu anjing ataupun hanya habuk sahaja?). Lalu saya menghilangkan bulu/habuk tersebut. Soalan saya: 1. Apakah saya perlu sertu tangan saya? Saya ada menggunakan hand sanitizer sebelum saya perasan akan bulu/habuk di tangan saya tetapi saya rasa tangan saya sudah pun kering ketika saya perasan ada bulu/habuk di tangan saya itu. 2. Setelah membersihkan bulu/habuk tersebut, saya telah meneruskan kerja saya seperti biasa dan memegang barang2 lain dan juga memegang anggota badan yang lain. Adakah saya perlu sertu semua barang2 lain dan juga anggota yang lain? 3. Saya memang kuat was-was dan ini telah mengganggu kerja harian saya dimana saya was-was semua habuk/bulu yang saya nampak sebagai bulu anjing dan memikirkan keperluan untuk sertu atau tidak.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perasaan was-was adalah berpunca daripada gangguan syaitan, maka seharusnya ditangani perasaan tersebut supaya tidak memberi mudharat kepada diri sendiri. Dalam hal ini, jika tiada bukti yang zahir bahawa adanya ain, bau atau rasa akan sesuatu najis dan ia hanya sangkaan (keraguan) semata-mata maka kembalilah kepada hukum asal bahawa ianya suci dan tidak sertu. Tambahan pula dalam keadaan kering dengan kering. Kaedah fiqh ada menyebut: اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 171

message user image