BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin tahu apakah hukum pengambilan pil hormon untuk halang kedatangan haid di Bulan Ramadhan / Waktu Mengerjakan Umrah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukumnya adalah harus jika pengambilannya tidak membawa kesan dan kemudharatan yang lebih besar kepada wanita tersebut serta perlu mendapatkan nasihat dan pandangan doktor. Namun, jika tidak mengambilnya adalah lebih afdhal, kerana ia adalah fitrah kejadian yang telah Allah SWT takdirkan kepada golongan wanita. Allah SWT Maha Mengetahui akan hikmahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 169

message user image