BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, saya bekerja di klinik haiwan. Dan anjing antara haiwan dirawat di klinik tersebut. Kadang kala ada air liur, kencing dan anjing di lantai. Sekiranya perasan saya tidak akan memijaknya. Soalan ialah pada satu hari anak saya mengambil selipar saya digunakan kerja harian n membasuhnya. Air percikan terkena pada seluar da kakinya. Pakaian tersebut pula telah dicampurkan oleh mak mertua saya dengan pakaian dna dibasuh. Adakah saya perlu sertu semuanya, sebab saya syak mungkin saya ada terpijak najis anjing. Sekiranya ya, bagaimana pula dengan pakaian anak dan pakaian lain yang dibasuh bersama.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, tidak perlu sertu kerana anda sekadar mengesyaki sahaja kemungkinan terpijak najis anjing, maka ia kembali kepada kaedah fiqhiyyah menyatakan: "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan". Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Namun jika didapati ada áin najis tersebut secara zahir maka hendaklah sertu. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 117

message user image