Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya terangkan situasi saya utk pertanyaan 1. Install aplikasi solat x berapa lama - tetapkan waktu solat berdasarkan lokasi semasa (auto detect lokasi semasa saya dan paparkan waktu solat berdasarkan keberadaan kawasan saya) 2. Solat dan puasa mengikut waktu yang dipaparkan di aplikasi - lokasi yang dipaparkan di aplikasi ialah lokasi semasa saya (klang) 3. Tak ikut waktu azan disurau sebab kerapkali azan dikumandangkan lewat dari waktunya 4. Terdetik nak cek waktu solat di google yang dikeluarkan jabatan agama 5. Saya dapati waktu solat yang dipaparkan di aplikasi dan waktu solat oleh jabatan agama tak sama (beza dlm 8-10min) 6. Saya cek aplikasi penetapan lokasi secara manual (sblm ni auto detect lokasi semasa), rupanya lokasi yang dikesan saya berada dijohor (walaupun saya di klang dan di dipaparkan di aplikasi juga saya berada diklang tapi waktu solat yg dipaparkan ialah waktu solat johor) Soalan: Adakah saya perlu menqadha'kan semula solat dan puasa saya sepanjang kesilapan saya mengikuti waktu solat di aplikasi tersebut?
Jawapan
Merujuk persoalan puan, Islam memberi kemaafan kepada mereka yang tersilap dalam urusan agama. Diriwayatkan dari Abu Dzar al-Ghifari RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda; إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ Maksudnya : “Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku sesuatu yang dilakukan kerana tersalah, terlupa dan sesuatu yang dipaksakan kepadanya.” (Riwayat Ibn Majah) Oleh itu, jika berbuka dan solat lebih awal (belum masuk waktunya) maka batal puasa dan solat tetapi tidak berdosa, namun wajib qada’ kedua-duanya. Sebagai makluman, sila rujuk kepada jadual waktu solat yang telah dimuatnaik di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan waktu solat yang tepat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.