BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, Saya ada soalan nak tanya, saya kerja di syarikat majikan bangsa cina. Di syarikat itu, ada pantry, ada peti sejuk. Peti sejuk itu majikan saya ambil dan bawa dari rumahnya. Dia juga mengatakan dia sudah basuh bersih peti ais yang pernah letak/simpan khinzir. Persoalan saya disini, bolehkah kami menggunakan peti ais tersebut? Kedua, boleh ke saya hanya isi cup water sahaja dalam peti ais tersebut? Saya agak serba salah jika tidak buat kerja saya dimarah oleh majikan saya sendiri. Saya rasa berdosa yang amat sangat. Takut sangat. Bagaimana jika tugasan saya semasa isi air tu, pakaian saya lengan baju juga tangan saya terkena pada mana2 bahagian dalam peti ais tersebut? Bagaimana ya Ustaz/Ustazah ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, adalah disarankan supaya peti sejuk tersebut disertu terlebih dahulu. Walaupun dikatakan peti sejuk tersebut telah dibasuh bersih tetapi tidak mengikut kaedah penyucian yang sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila diakui bahawa peti sejuk tersebut telah digunakan sebagai tempat untuk menyimpan khinzir. Apabila selesai disertu, saudari boleh gunakan peti sejuk tersebut tanpa ragu-ragu dan yakin seterusnya mampu melaksanakan tugas sebagaimana arahan dan permintaan daripada pihak majikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 61

message user image