Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz nak tanya, apa hukum suami cakap "kita berpisah la" semasa gaduh dengan isteri? Tiada niat tp sebab terlalu marah sangat
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, ayat “kita berpisah la” adalah ayat yang berbentuk kinayah atau sindiran. Ayat tersebut juga bukan ayat lafaz cerai secara soreh. Maksud kepada ayat tersebut bergantung kepada niat suami. Sekiranya suami berniat menceraikan isterinya pada ketika mengucapkannya maka jatuh talak. Namun jika sekadar ucapan untuk berpisah, maka tidak jatuh talak. Pasangan dinasihatkan untuk merujuk di Unit Undang-undang Keluarga Islam di Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.