BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya hendak bertanya tentang hukum tanam kening (hair transplant). Adakah jika saya buat treatment itu adakah ia haram? Ini kerana saya selalu menjadi bahan lawak, diketawakan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan kerana kening saya yang tidak jelas kelihatan (sangat nipis dan jarang). Mohon mufti dapat menjawab soalan ni. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Islam membenarkan agar menghilangkan ‘aib yang terdapat pada tubuh badan manusia, ini berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi S.A.W pernah mengarahkan seorang sahabat yang kehilangan hidungnya ketika berperang agar dibuat kembali hidungnya menggunakan emas. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Tarafah, sesungguhnya datuknya;عَرْفَجَةَ بْنَ أَسْعَدَ قُطِعَ أَنْفُهُ يَوْمَ الْكُلاَبِ فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ فَأَنْتَنَ عَلَيْهِ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ Maksudnya: “, sesungguhnya datuknya ‘Arjafah bin As’ad telah terpotong hidungnya ketika peperangan al-Kulab. Maka diambil daripada perak untuk dijadikan hidungnya namun ia menjadi busuk maka Rasulullah SAW mengarahkan agar diambil daripada emas untuk dibina kembali hidungnya”. (Riwayat Abu Daud) Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada 14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut; “Menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan”. https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2010/569-hukum-menanam-rambut-di-kepala Maka jelas akan keharusan untuk melakukan proses menanam kening (hair transplant) berdasarkan fatwa Selangor di atas namun dengan syarat mestilah menggunakan rambut/bulu sendiri, bertujuan bagi menutup aib/kecacatan dan bahan-bahan lain yang digunakan mestilah suci والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 776

message user image