BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Apa hukum meletakkan nama Arwah ayah saya pada kad jemputan majlis kahwin?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum meletakkan nama arwah ayah pada kad jemputan majlis kahwin adalah diharuskan kerana ia dapat memudahkan kenalan atau saudara mara arwah ayah untuk mengenali pihak yang menjemput. Abdullah bin Umar RA pernah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda; إنَّ مِن أَبَرِّ البِرِّ صِلَةَ الرَّجُلِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ بَعْدَ أَنْ يُوَلِّيَ Maksudnya: “Sesungguhnya daripada perkara yang paling baik dilakukan adalah seseorang yang menyambung silaturahim rakan ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia”. (Riwayat Muslim) Islam menggalakkan supaya kita sentiasa menghubungkan silaturrahim kepada kenalan atau saudara mara arwah bapa atau ibu seperti berkunjung ke rumah mereka atau menjemput mereka hadir ke majlis yang diadakan di rumah kita. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 119

message user image