Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum ustaz, bolehkah jika seseorang itu menerima upah dari seorang peguam apabila beliau memperkenalkan peguam tersebut kepada orang yang memerlukan khidmat peguam tersebut
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, harus menerima upah atas pekerjaan yang dilaksanakan oleh puan sebagaimana yang telah disepakati antara pihak puan dan juga peguam tersebut. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.” (Riwayat Abu Daud) Sekiranya telah disepakati berkenaan pekerjaan dan upahnya, maka peguam tersebut mestilah membayarnya. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Berikanlah upah pegawai, sebelum kering peluhnya.” (Riwayat Ibnu Majjah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.