BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, saya kerap menangkap cicak yang masih hidup dan memberikannya kepada kucing saya. Kucing saya akan bermain dengan cicak itu. Selepas kucing saya puas bermain, saya akan membunuh cicak itu. Apakah hukum saya menangkap dan memberikan cicak itu untuk kucing saya bermain? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum menangkap cicak kemudian memberi kepada kucing untuk bermain adalah harus kerana tiada dalil yang melarang atau menyuruh berbuat perkara demikian. Disamping itu, kucing sememangnya gemar bermain-main dengan serangga dan apa-apa haiwan kecil seperti lipas, burung, semut termasuk juga cicak sebagai latihannya memburu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 220

message user image