BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Tuan Mufti. Saya ada satu masalah berat. Saya telah menceraikan isteri ke 2 saya dengan talak satu. Tetapi sebelum habis edah saya telah ucap kata-kata rujuk dan kami pun bergaul walaupun pada awalnya dia setuju untuk rujuk. Masalah sekarang saya tak pasti sama ada saya telah rujuk atau tidak Isteri ke 2 saya sekarang dalam hubungan untuk bernikah lain. Adakah saya masih suami dia atau tidak. Saya telah tekad hendak lupakan dia. Tetapi saya rasa macam balasan Allah pada saya atau satu petunjuk. Hati saya bergetar dan badan saya menggeletar sejak beberapa hari yang lalu. Sehingga subuh tadi semasa saya bersolat saya mendapat ilham untuk semak semula sama ada rujuk saya sah atau tidak. Saya tidak mahu berdosa dan menginaya sesiapa dalam hal ini. Isteri pertama saya seakan tidak percaya dan setuju jika masih suami isteri. Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, rujuk yang dilafazkan adalah sah dan dikira sebagai rujuk. Namun begitu, tuan hendaklah mengemukakan permohonan bagi pengesahan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk proses selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 95

message user image