BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Boleh atau tidak seorang balu yang kematian suami untuk pulang ke rumah mertua di Johor kerana ada kenduri tahlil 40hari arwah suami. Buat masa ini balu arwah dan anaknya tinggal dirumah mereka di Selangor dan hanya keluar rumah untuk pergi bekerja sahaja. Pembelian bahan dapur dan makanan juga dilakukan secara online delivery. Urusan arwah suami juga dilakukan secara online kecuali urusan yang memerlukan balu untuk datang kebank.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tempoh iddah dan íhdad bagi wanita yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari. Sepanjang tempoh tersebut seorang wanita perlu berada di rumahnya, tidak boleh keluar rumah melainkan darurat atau keperluan lain yang dibenarkan syara’. Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; “Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan” (Riwayat Abu Daud)Justeru seorang balu boleh menghadiri majlis kenduri tahlil tersebut dengan syarat pergi dan balik pada waktu siang sahaja dan ditemani mahram. Namun, oleh kerana jarak yang jauh lebih 2 marhalah maka tidak pergi adalah lebih utama kerana bukan termasuk dalam dharuriyat. Majlis tahlil tersebut masih boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja selepas tamat tempoh iddah, tidak terhad kepada 40 hari setelah kematian arwah suaminya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 392

message user image