BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Jika seseorang itu cacat keinginan1. orientasi seksual (cenderung seorang gay) 2. Nafsu 0% kepada wanita 3. Alat kelamin berfungsi lelaki tetapi lemah syahwat dan tidak mampu memenuhi kepuasa kepada sesiapa. Soalan : 1. Bolehkan dia membuat rawatan pemindahan benih kepada wanita yg bukan isteri bagi tujuan ingin mendapat zuriat? Utk beri doa bila kita mati kelak 2. Tidak memilih untuk berkahwin disebabkan tidak mampu memberi nafkah batin selain akan mengecewakan pihak perempuan 3. Jika 2 tidak dibolehkan, adalah dibenarkan kahwin kontrak? Tamat ikatan setelah mendapat zuriat


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Tidak boleh memindahkan benih kepada wanita yang bukan Isteri. Hukumnya seperti berzina dan anak yang lahir tetap tidak sah taraf. Untuk mendapatkan doa daripada anak yang soleh, mestilah melalui suatu pernikahan yang sah dan seterusnya memberi didikan yang sempurna terutama dalam aspek beragama. Sebenarnya sebagai orang Islam yang taat, akan sentiasa mendapat doa daripada sekalian umat Islam. 2. iap-tiap penyakit ada ubatnya, justeru kecenderungan kepada gay dan tiada nafsu terhadap wanita. Saudara perlulah menjalani rawatan secara fizikal dan spiritual. Fizikal untuk mengembalikan fungsi alat kelaminnya, dan spiritual. Fizikal untuk mengembalikan kecenderungannya,termasuklah dalam soal halal haram. 3. Kahwin kontrak tidak dibolehkan dan tidak sah. Anda boleh memilih berkahwin secara biasa mengikut hukum syarak, kerana perkahwinan itu merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Pahala ibadahnya akan digandakan kepada 27 darjat, disamping menjadikan kehidupan lebih teratur. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 113

message user image