Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya nak bertanya beberapa soalan tentang hukum. 1. Apakah hukum seorang perempuan yang menggubah atau mencantikkan diri mereka dengan menggunakan produk kecantikan, contoh paling dekat saya boleh beri adalah, mereka menggunakan produk vessa serum yang menjadi viral di media sosial instagram, produk vessa serum ini membesarkan bahagian dada perempuan, adakah haram seorang perempuan menggubah bentuk badan mereka untuk tujuan memikat suami mereka? 1.1 - untuk pengatahuan tuan, vessa serum ini produk yang hanya menggunakan urutan untuk membesarkan bahagian dada perempuan, tidak menggunakan apa-apa suntikkan, adakah haram bagi seorang perempuan untuk menggunakan produk begini? 2. bagi seorang perempuan yang ingin mendirikan solat, memakaian telekung tetapi didalam telekungnya hanya memakai baju yang berlengan pendek, adakah sah solat sekiranya perempuan tersebut hanya mengena kan baju berlengan pendek dalam telekungnya? - jika diperhatikan didalam situasi di atas, perempuan berkenan telah memakai telekung akan tetapi di kawasan beliau mendirikan solat itu terdapat kipas atau angin yang barangkalinya boleh menerbangkan sikit kain telekung, adakah solatnya masih sah?
Jawapan
Merujuk persoalan saudari, 1. Hukum mengubah kejadian asal manusia adalah haram kecuali dengan sebab-sebab yang dibenarkan syarak. Keperluan di sini seperti seorang perempuan yang tidak mempunyai payudara sebagaimana perempuan lain atau bagi memenangi hati suami. Jika memang kita mempunyai kekurangan fizikal, payudara begitu kecil sehingga menyebabkan kita kurang keyakinan diri, ditambah lagi hendak memenangi hati suami, maka ianya dibenarkan disisi agama Islam. 2. Boleh sekiranya hendak memakai baju berlengan pendek tetapi diluarnya telekung tetapi dengan syarat ianya tidak menampakkan warna kulit dari telekung. Jika menampakkan bayang sahaja hukumnya makruh tetapi sembahyangnya sah. Oleh itu, gunalah kain telekung yang tidak jarang dan berpakaian sopan serta menutup aurat disaat kita ingin bertemu Allah S.W.T. Adapun, jika terdapat angin atau kipas yang menerbangkan sedikit kain dengan syarat aurat masih tertutup, maka solatnya sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.