BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya hendak tanya apakah hukum memakai baju bercorak "snoopy". Saya difahamkan bahawa watak kartun snoopy merupakan seekor anjing.


message user image

Jawapan  

Terima kasih kepada tuan yang bertanya. Merujuk kepada soalan hukum memakai baju yang bercorak kartun anjing adalah dibolehkan, namun ianya makruh mengikut pandangan ulama’ jika digunakan untuk solat berjemaah kerana dikhuatiri menggangu tumpuan jemaah lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 273

message user image