BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya bekerja sebagai administration di twin valley holdings sdn bhd. Masalah saya yang ingin ajukan begini, semalam saya pergi melawat rumah haji yg sama dgn saya join umrah tahun 2016 lalu, Saya tercerita hal saya bekerja di syarikat property tapi kini syarikat ini ade side income menjalankan tanah lot perkuburan untuk orang cina. Haji tuh cakap dia risau takut saya dikira bersubahat walaupun saya hanya kerja admin sahaja oleh kerana saya turut ade buat surat dan print dokumen berkenaan dengan side income kubur tu. Haji risau rezeki saya susah nak berkat disebabkan kerja saya itu. Jadi, saya ingin bertanya beberapa soalan :- 1) Adakah kemungkinan saya dikira bersubahat dalam side bisnes ni? 2) Perlu ke saya cari keje lain macam yang haji tu sarankan? Sebab dia ade tanya ustaz untuk hal ni. 3) Memang tak boleh ye saya kerja dengan company cina yg buat kubur cina, yang handle sami untuk upacara kubur tu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah kubur orang Cina hanyalah side income syarikat sahaja, bukan core business. Pengurusan tanah yang diurus oleh syarikat tersebut tidak melakukan kerja membantu urusan pembinaan kubur atau majlis upacara pengebumian orang Cina. Selama mana kerja-kerja yang saudari uruskan tidak mempunyai ciri-ciri keagamaan mereka, adalah dibenarkan dan tidaklah dianggap bersubahat. 2. Boleh terus bekerja, kerana tiada unsur keagamaan. 3. Tidak menjadi kesalahan untuk bekerja di syarikat tersebut selama mana tiada keterlibatan dalam urusan pengebumian orang-orang Cina atau apa-apa acara keagamaan mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 140

message user image