BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, 1) Apakah dibolehkan menjawab selawat Nabi ketika khutbah? Kerana ada hadis mengatakan luput pahala Jumaat seseorang ketika khutbah walaupun dengan mengatakan diam. 2) Saya naik KTM Komuter untuk pulang ke rumah. Akan tetapi sewaktu menunggu tren, waktu Maghrib telah pun masuk. Komuter tren juga telah tiba. Komuter pula bergerak dengan waktu yang tidak menentu sehingga saya terlepas waktu untuk melakukan solat. Memang wajib untuk saya qadhakan solat saya. Adakah berdosanya saya kerana tidak dapat solat? Adakah situasi saya ini keuzuran?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Adalah sunat berselawat ke atas Nabi ﷺ setiap kali mendengar nama Nabi Muhamamd ﷺ disebut termasuk ketika khutbah. Selawat ketika khutbah tidak dikira bercakap. Bahkan ia menunjukkan tumpuan ketika mendengar khutbah. 2. Solat tersebut boleh ditunaikan memandangkan penjalanan menaiki komuter jarak dekat dengan mengambil langkah berikut: - Solat Maghrib terlebih dahulu baru naik train, atau - Solat Maghrib di dalam train, serta - Bersiap sedia dengan wuduk sebelum pulang ke rumah. Berdosa jika sengaja meninggalkan solat. Situasi tersebut bukanlah keuzuran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 158

message user image