BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin mengajukan soalan. Adakah sah Zakat dan diterima Allah jika diberikan secara langsung kepada ahli keluarga yang diiktiraf OKU oleh Doktor dan pihak Kebajikan Masyarakat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, zakat merupakan ibadah yang terikat dengan syarat dari sudut perlaksanaannya bagi memastikan tercapai maqasid pensyariatan zakat. Zakat saudara kepada ahli keluarga tersebut sah jika benar penerima adalah salah satu daripada 8 asnaf. Sebaiknya tunaikanlah zakat melalui amil yang telah dilantik iaitu Lembaga Zakat Selangor, Ini bagi memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan dengan lebih baik oleh badan yang telah dilantik untuk menguruskan wang zakat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 61

message user image