Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya membela dua ekor anak arnab dan hanya memberi makan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada mereka serta air bersih. Saya tingal di dalam apartment jadi kedua anak arnab tersebut tingal didalam bilik bersama saya. Soalan saya, adakah air kencing dan sisa buangan anak arnab tersebut dikira sebagai najis yang membatalkan solat? kerana saya ada baca disesetengah tempat berkata haiwan yang halal dimakan sisa buangannya tidak najis. Mohon penjelasan terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, air kencing dan bahan buangan arnab adalah najis mutawasitah iaitu najis yang boleh membatalkan solat jika terkena pada pakaian atau tersentuh pada kulit manusia. Cara menyucikannya hendaklah dihilangkan ain najis dan 3 sifat najis iaitu bau, warna dan rasa maka ia sudah sempurna bersih dan suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.