BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Adekah dibenarkan dalam islam untuk suami atau isteri yang tinggal berjauhan atas sesuatu urusan, untuk memuaskan nafsu masing2 (mengeluarkan air mani dengan tangan sendiri) sambil melihat video atau gambar pasangan?


message user image

Jawapan  

Terima kasih kepada tuan atas soalan yang diajukan. Berdasarkan soalan tuan Pertamanya perlu difahami hukum beronani sepakat para ulama mengharamkannya. Yang kedua dari sudut kesihatan akan menyebabkan masalah seksual pada hari yang mendatang. Jika dilihat kesan yang lebih luas, perbuatan tersebut akan membawa kepada fasadnya(kerosakan) dalam berumah tangga. Ini kerana ia akan membawa kesan buruk akan datang seperti: 1. Gambar aurat pasangan yang disimpan di dalam handphone, jika hilangnya handphone yang akan menyebabkan orang lain boleh membuka dan melihatnya serta membuat tidak elok pada gambar atau video pasangan kita. 2. Jika berlaku perceraian antara pasangan, maka si isteri telah menjadi perempuan ajnabi dan menyebabkan bekas suami diharamkan untuk melihat aurat bekas isteri. 3. Dikhuatiri berlaku pergaduhan dan menyebabkan pasangan cuba memeras ugut pasangannya dengan menyebarkan gambar aurat jika tidak memberi apa yang diinginkan. 4. Dikhuatiri akan membawa nafsu ke arah yang tidak sepatutnya seperti melayari laman-laman lucah bagi memuaskan nafsu syahwat. Dengan pernyataan di atas, perlu ikhtiarkan supaya pasangan tidak lagi tinggal berjauhan dengan kita dikhuatiri berlakunya perkara-perkara seperti yang disebutkan di atas serta elakkan merakam atau mengambil gambar aurat pasangan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 157

message user image