BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Apakah hukum solat dan puasa saya? Sah atau batal? Hal ini kerana saya solat dan berbuka puasa mengikut waktu yang tertera pada aplikasi solat. Dan rupa²nya waktu solat di aplikasi tersebut tidak update.


message user image

Jawapan  

Merujuk persoalan puan, Islam memberi kemaafan kepada mereka yang tersilap dalam urusan agama. Diriwayatkan dari Abu Dzar al-Ghifari RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda; إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ Maksudnya : “Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku sesuatu yang dilakukan kerana tersalah, terlupa dan sesuatu yang dipaksakan kepadanya.”(Riwayat Ibn Majah) Oleh itu, jika berbuka dan solat lebih awal (belum masuk waktunya) maka batal puasa dan solat tetapi tidak berdosa, namun wajib qada’ kedua-duanya. Sebagai makluman, sila rujuk kepada jadual waktu solat yang telah dimuatnaik di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan waktu solat yang tepat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 146

message user image