Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Rumah sy tiada tv dan radio serta tidak dengar suara azan kerana jauh dengan masjid. Saya hanya bergantung pada waktu solat di aplikasi sahaja. Perlukah saya gantikan solat dan puasa saya kerana telah solat dan berbuka puasa awal?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 261;
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Seterusnya, firman Allah SWT di dalam Surah al-Anfal ayat 60;
Maksudnya: Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Seterusnya dalam Surah Ali-Imran ayat ke 134, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Alhamdulillah di atas usaha yang dijalankan bagi menghidupkan budaya infak harta yang pastinya perlulah jelas tujuan asal, matlamat dan kaedah pelaksanaannya. Ini bagi memastikan kutipan ini diurus dan disalurkan secara mematuhi undang-undang semasa dan yang lebih penting adalah mencapai maqasid syariah sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat-ayat al-Quran di atas. Berkaitan manfaat yang diterima dalam bentuk ayam kampung atau tunai, jika dilihat ia adalah berbentuk hibah kepada penderma dan ianya adalah HARUS selagi mana ia diwar-warkan pelaksanaannya dari awal serta persetujuan antara kedua-dua pihak.
Sekian, terima kasih.