BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Jaket kulit yg dibuat daripada kulit babi dan telah disamak adakah boleh digunakan untuk pakaian .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, para ulama’ mazhab Syafie bersepakat bahawa kulit khinzir adalah najis dan tidak boleh disucikan dengan sertu serta tidak boleh diambil manfaat daripadanya, kecuali dalam beberapa keadaan dharurat dan hajat. Orang Islam tidak boleh menggunakan pakaian daripada kulit babi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 76

message user image