BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya akan 2 pertanyaan. Mohon pencerahan dan panduan tuan/puan dalam masalah saya ini. Dalam dilema. Pertama berkaitan dengan maruah dan aib isteri. Sebelum perkahwinan suami tak pernah bertanyakan kisah silam tetapi setelah berkahwin suami ingin mengetahui semua kisah silam kejahilan saya. Dengan alasan isteri wajib menceritakan kisah silam kerana suami tidak mahu suatu hari Allah akan uji rumahtangga kami dengan kesan kejahilan saya. Adakah wajib untuk saya menceritakan kisah kejahilan silam saya pada suami? Kedua, suami merancang untuk bawak saya ke kampung dan mengarah saya untuk berjumpa dengan ibubapa saya dan menceritakan segala2 kejahatan dan dosa2 yang pernah lakukan dihadapan ibu bapa dan keluarga. Bagi saya ini melibatkan aib dan maruah saya. Dengan alasan untuk menghapuskan dosa dosa yang saya lakukan tanpa pengetahuan ibubapa saya. Bukankah islam itu menyarankan kita supaya menjaga aib dan menjaga maruah sesama manusia bukan di sebaliknya. Adakah tindakan suami saya ini betul. Sekiranya betul saya mohon pencerahan supaya jiwa saya tenang. Bantu lah saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Islam melarang untuk membuka aib kepada orang lain sama ada aib diri sendiri atau menceritakan aib orang lain. Bahkan kita diperintahkan untuk menutup aib dan kesilapan-kesilapan lampau, kerana ia suatu perkara yang sangat peribadidan boleh menjatuhkan kahormatan diri.sembunyikanlah segala keaiban lampau walaupun terhadap suami kerana ia memungkinkan untuk berlakunya keruntuhan dalam rumahtangga atau ungkit-mengungkit dikemudian hari. Berhati-hatilah ketika berbicara dengan suami agar suami tidak memaksa untuk diceritakan segala kisah silam yang berlaku. 2. Tindakan suami puan adalah tidak wajar dilakukan. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan boleh merosakkan kehidupan rumahtangga puan. Sepatutnya apabila suami telah menerima puan sebagai isteri, suami hendaklah memulakan kehidupan baru dengan penuh harapan agar matlamat perkahwinan itu tercapai. Bukan melihat kebelakang dengan mendedahkan kisah silam yang kononnya Allah akan menguji rumahtangga puan akibat kejahilan puan dahulu. Bukahkah tindakan seperti ini menidakkan sifat Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambanya yang khususnya telah bertaubat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (az-Zumar : 53) Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل العبد بالليل عملا، ثم يصبح قد ستره ربه، فيقول: يا فلان! قد عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه Maksudnya : “Setiap umatku dimaafkan dosanya kecuali orang-orang yang menzahirkan maksiat yang dilakukannya. Antara bentuk menzahirkan maksiat ialah seseorang yang melakukan maksiat dosa di waktu malam, sedangkan Allah SWT telah menutupinya, kemudian di waktu pagi dia menceritakan dengan berkata : Wahai fulan, semalam aku telah melakukan maksiat ini dan itu. Pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Tuhannya, namun di pagi harinya ia telah membuka apa yang telah ditutupi oleh Allah.” (Riwayat al-Bukhari) Maka segala kisah silam atau segala keaiban tidak perlu diceritakan kepada ibu bapa dan keluarga terutamanya apabila telah bertaubat. Taubat adalah penghapus segala dosa-dosa yang telah lalu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 275

message user image