BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum . Saya ilya. Ada nk tnya soalan kepada pihak mufti selangor. Sya kerja dgn pengurusan 99 speedmart. Outlet yg saya perlu jaga tu ada melakukan urusan jual beli arak. Saya terpaksa kerja ni sbb masih tak dpt panggilan kerja lain, tambahan pula ibubapa saya baru kena retrenched. Jadi sya terpaksa juga kerja. Sya bekerja sebagai asst manager. Tugas harian saya antaranya melibatkan tracking arak(pengiraan arak) sebelum buka kedai dan selepas tutup kedai..Saya nk tnya pendapat pihak tuan, ada apa yg perlu sya buat dgn gaji sya tu, maksudnya perlu sedekahkan sebahagian ke atau mcm mna?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, islam dengan jelas telah mengingatkan umatnya supaya menghindari diri daripada terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang mempunyai hubung kait dengan arak. Pekerjaan saudari jelas menunjukkan bahawa saudari terlibat dalam urusan yang mengaitkan dengan penjualan arak. Hadis Nabi SAW ;لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya” (Riwayat al-Tirmidzi) Jika pendapatan seseorang itu bercampur antara yang haram dan halal maka harta yang diterimanya tidak haram tetapi makruh kerana terdapat unsur shubhah di situ. Saudari dinasihatkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia lebih meyakinkan dan menenangkan jiwa. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubhah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya”.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Gaji atau pendapatan yang diterima boleh diserahkan sebahagiannya kepada badan-badan kebajikan atau pihak yang berwajib menguruskan harta orang Islam seperti pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 74

message user image