BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti. Baru baru ini hangat diperkatakan tentang berniaga dengan syarikat Atomy iaitu syarikat dari korea yang menjalankan perniagaan jualan atas talian. Salah satu produknya adalah HemoHIM iaitu produk kesihatan berasaskan herba yang telah dibagunkan oleh penyelidik korea untuk membantu mereka yg terdedah kepada sinar radiasi. Disebabkan keberkesanan yang terbukti dari hasil penyelidikan selama 8 tahun, pengasas syarikat Atomy berhasrat untuk mengeluarkannya secara besar besaran dan menjualnya secara langsung kepada orang ramai melalui sistem online untuk mengelak keuntungan orang tengah. Saya sebagai seorang doktor, mendapati produk hemoHIM yg berstatus halal ini dapat membantu pesakit pesakit saya berbanding dengan produk herba lain yang ada di pasaran. Produk hemoHIM juga telah dibuktikan keberkesanannya melalui kajian yang dilakukan di makmal dan kajian tersebut boleh diakses secara terus di dalam platform jurnal online terkemuka dunia perubatan. Untuk mendapat produk tersebut, kita perlu jadi ahli sykt Atomy dan membelinya secara online. Tiada bayaran yang dikenakan untuk berdaftar menjadi ahli Atomy.

Soalan saya, apakah hukumnya menjadi ahli atomy dan menjadikkannya sebagai salah satu perniagaan rangkaian.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Jika sesuatu produk terdiri daripada bahan yang halal maka harus menggunakannya, namun jika ia berkaitan dengan ubat maka perlu dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 144

message user image