BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada persoalan yang bermain di fikiran.

Jika kita berniaga, boleh kah kita kongsikan gambar testimoni pelanggan yang terbuka auratnya bagi wanita muslim?

Dan, boleh kah kita kongsikan gambar testimoni pelanggan wanita yang bukan muslim?

Maksud terbuka aurat di sini ialah tidak berhijab. Apa hukum nya?

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca dan jawab persoalan ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati mu. Aamin. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, hukum kongsikan gambar testimoni pelanggan yang terbuka auratnya bagi wanita muslim atau bukan muslim adalah haram dan berdosa kerana termasuk dalam mendedahkan aurat yang wajib ditutup, selain ia sebagai memanipulasi golongan wanita serta boleh menimbulkan fitnah. Biarpun si pemilik gambar mengizinkan sekalipun ia tetaplah berdosa. Ini berdasarkan larangan melalui dalil, Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31;

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya."

Berdasarkan ayat di atas adalah jelas bahawa apabila ia menimbulkan fitnah, maka ia juga diharamkan berdasarkan kaedah sad zar’iah, 

ما أذى إلى الحرام فهو حرام

“Apa sahaja yang membawa kepada yang haram, maka ia haram.”

والله اعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 181

message user image